Friday 17 October 2014

VERIFIKASI DATA SARINGAN 2 LINUS 2.0 TAHUN 2014

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah 
Daerah Hilir Perak


Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian.

2.         Dimaklumkan tarikh akhir Saringan 2 Bertulis LINUS 2.0 akan tamat pada 17 Oktober 2014 dan tarikh pengisian data dalam portal NKRA LINUS 2.0 bermula pada 20 hingga 28 Oktober 2014.

3.         Justeru, mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan guru-guru yang terlibat menepati tarikh yang telah ditetapkan.

4.         Selain itu, disertakan tapak verifikasi data Saringan 2 LINUS 2.0 untuk dimuat turun dan dilengkapkan oleh penyelaras LINUS 2.0.

5.        Semua tapak verifikasi yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui e-mel sebelum atau pada 29 Oktober 2014 (Rabu) seperti ketetapan yang berikut :

           
Bil.
Kelompok Sekolah
Nama Pegawai
E-mel
1.
K1 dan K2
En. Ahmad Nazamudin bin Abi Madian
2.
K3 dan K4
En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak
3.
K5 dan K6
En. Faddil Azhar bin Mat

4.
K7 dan K8
En. Navin Dave A/L Sreenivasan

6.         Tarikh verifikasi data akan diadakan seperti ketetapan yang berikut :

                        Tarikh              : 30 Oktober 2014
                        Hari                 : Khamis
                        Masa               : 2:30 – 5:00 petang
                        Tempat            : Pusat Sumber SJKC Chong Min – Kelompok 1,2,3,4
                                                : PKG Hutan Melintang – Kelompok 5,6,7,8

            Dokumen-dokumen yang perlu dibawa :

                        1.         salinan verifikasi data Saringan 2 LINUS 2.0.
                        2.         salinan keputusan saringan 2 melalui portal NKRA LINUS 2.0
                                    (dijilidkan)

7.         Sebarang masalah dan pertanyaan, sila berhubung terus seperti ketetapan yang berikut :

Bil.
Kelompok Sekolah
Nama Pegawai
No. Telefon
1.
K1 dan K2
En. Ahmad Nazamudin bin Abi Madian
05-622 1970 samb. 198
013-489 5411
2.
K3 dan K4
En. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak
05-622 1970 samb. 198
012-984 9601
3.
K5 dan K6
En. Faddil Azhar bin Mat

05-622 1970 samb. 104
016-554 6004
4.
K7 dan K8
En. Navin Dave A/L Sreenivasan
05-622 1970
017-513 7478



Sekian. Terima kasih.


Attachments:
Download this file (MUKA DEPAN.docx)MUKA DEPAN.docx[ ]21 kB
Download this file (POST MORTEM.docx)POST MORTEM.docx[ ]17 kB
Download this file (TAHUN 1.xlsx)TAHUN 1.xlsx[ ]19 kB
Download this file (TAHUN 2.xlsx)TAHUN 2.xlsx[ ]18 kB
Download this file (TAHUN 3.xlsx)TAHUN 3.xlsx[ ]19 kB

No comments:

Post a Comment