Friday 28 December 2012

Mesyuarat Guru

Tarikh : 31 Disember 2012
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SK Pengkalan Ara
Pakaian : Pakaian Kerja
Kehadiran : Semua guru  SKPA wajib hadir.

Monday 17 December 2012

Tahniah!


Tahniah! En Su Musa telah dinaikkan pengkat sebagai PK Pentadbiran di SK Chikus.

Jasamu Dikenang



Kami warga SKPA megucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pn. Hajjah Ruhanah. Tahniah! dinaikan pangkat sebagai PK HEM dan akan bertugas di SK Dato Yahya Suban. Jasamu tetap dikenang.

Friday 14 December 2012

Gotong Royong Perdana

Semua guru SKPA dijemput hadir.

Tarikh : 15 Disember 2012
Masa : 8:00 pagi
Tempat : SK Pengkalan Ara

Thursday 13 December 2012

PERUBAHAN BORANG SENARAI SEMAK PEMANTAUAN PERSEDIAAN SEKOLAH 2012 DAN 2013.

INSTRUMEN PEMANTAUAN AKHIR TAHUN 2012 BPSH PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh ppdhilir   
Rabu, 12 Disember 2012 13:48
Kepada

Semua Pengetua
Semua Guru Besar
Negeri Perak

PERUBAHAN BORANG SENARAI SEMAK PEMANTAUAN PERSEDIAAN SEKOLAH 2012 DAN 2013.

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Dengan ini dimaklumkan bahawa instrumen pemeriksaan persediaan sekolah akhir tahun yang baharu perlu digunakan untuk pemantauan oleh pegawai PPD, JPN dan KPM mulai 17hb hingga 28 Disember 2012 ke sekolah-sekolah terpilih. Borang yang sebelum ini adalah terbatal (Lampiran A).
3.         Sehubungan itu,  tuan/puan diminta melengkapkan borang yang dilampirkan dan diserah kepada pemantau semasa proses pemantauan dilaksanakan di sekolah tuan/puan. Kerjasama tuan/puan sangat diperlukan supaya perjalanan sesi penggal persekolahan 2013 berjalan dengan lancar dan tiada isu berbangkit pada hari pertama persekolahan.
 
SILA KLIK INSTRUMEN PPSAT DI SINI

Sekian terima kasih.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah
b/p Pengarah Pelajaran Perak