Sejarah

 
 
SKPA terletak di atas sebidang tanah sawah padi seluas 1.2  hektar, kira- kira 16.8 KM dari bandar Teluk Intan dan 4.4 KM dari pekan Chenderong Balai. Dari jalanraya masuk ke dalam tengah-tengah sawah kira-kira 1.8 KM.

Nama asalnya Pengkalan Daun telah ditukarkan kepada Pengkalan Ara dalam tahun 60 an kerana lebih mirip kepada sejarah asal kampong ini dengan tumbuhan pokok kayu ara mengatasi banyaknya daripada pokok- pokok lain. Kampong ini juga nama asalnya disebut Bendang DO telah didiami oleh penduduk-penduduk yang dibawa berhijrah dari negeri Kedah, Negeri Sembilan dan penduduk-penduduk di sekitar tebing Sungai Perak. Mereka menetap di sini sejak lebih suku abad yang lalu. Terdapat kira-kira antara 90 ke 100 buah rumah di kampong ini.
Pada 28 Ogos 1960, sekolah ini mula dibuka dengan seramai 51 orang murid. Guru Besamya iaitu En. Abdul Halim b. Ibrahim telah ditempatkan secara rasmi oleh Jabatan Pelajaran Perak pada masa itu.
Pada 14 Januari 1962, sebuah bangunan kayu beratapkan asbestos berukuran panjang kira-kira 60 kaki dan lebar 30 kaki telah dibina oleh pihak Jabatan Pelajaran Perak bagi menggantikan bangunan asal yang telah runtuh tersebut. Bangunan ini mengandungai 2 bilik darjah dan mula digunakan sepenuhnya mulai 14 Januari 1962 bagi menempatkan empat darjah iaitu Darjah 1,2,3 dan 4.
Dua puluh tahun kemudian iaitu pada 30 April 1980, barulah terbina sebuah bangunan sekolah batu mengandungi tiga bilik darjah dan sebuah pejabat kecil untuk pentadbiran dan bilik Guru Besar. Dalam tahun 1981 , barulah cukup aliran darjah di sekolah ini daripada darjah 1 hingga 6 denganjumlah murid keseluruhannya pada masa tersebut seramai 129 orang dengan 8 orang guru termasuk Guru Besamya.
Pada September 1989, sekolah ini telah berjaya mendapatkan sebuah padang simen serbaguna iaitu satu padang permainan bola tampar dan dua padang sepaktakraw serta badminton. Disamping itu, Kementerian Pendidikan dan ADUN kawasan Sungai Manik telah memperuntukkan sebuah televisyen warna setiap satu. Untuk Pusat Sumber sekolah pula, YAB. Tan Seri Dato' Seri Menteri Besar telah bermurah hati memberi peruntukan sebanyak RM5,000/= untuk menaiktarafkan Pusat Sumber sekolah ini dan juga menambahkan lagi bahan-bahan bacaan.
Kini, SKPA telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang lebih sempurna seperti bangunan  makmal computer, pusat akses, pusat sumber, kelas pemulihan dan pra sekolah.