Thursday 16 October 2014

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DALAM MESYUARAT DEWAN NEGARA KALI KE 161

TITAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DALAM MESYUARAT DEWAN NEGARA KALI KE 161
Sukacita saya merujuk kepada surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak Darul Ridzuan : PSUK.PK.BPA&K A355/345/Jld 2 (6) bertarikh 30 September 2014 mengenai perkara di atas.
2.  Dengan ini dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Magfur-Lah dalam Mesyuarat Dewan Negara Perak kali ke 161 telah bertitah seperti berikut :"Beta menitahkan supaya semua acara yang dianjurkan atas nama Kerajaan, Jabatan dan Agensi Kerajaan untuk tidak lagi perlu mempersembahkan apa-apa cenderamata kepada Beta dan Raja Permaisuri ketika Beta dan Raja Permaisuri berangkat menghadiri acara.  Pendirian ini hendaklah disampaikan kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan surat memaklumkan pendirian ini diedarkan kepada semua Ketua Jabatan di peringkat Negeri Dan Daerah".
3.  Sehubungan dengan itu, semua Ketua Jabatan Perlu menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berkenaan perkara ini.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment