Friday 17 October 2014

PENGEMASKINIAN DATA REKOD PERIBADI DAN PROFIL PERKHIDMATAN SISTEM HRMIS BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Semua Pengetua SMK
Semua Pengetua SMJK
Semua Pengetua SMKA
Semua Guru Besar SK
Semua Guru Besar SJKC
Semua Guru Besar SJKT
Negeri Perak

Tuan,

PENGEMASKINIAN DATA REKOD PERIBADI DAN PROFIL PERKHIDMATAN SISTEM HRMIS BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Unit HRMIS, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah selesai melaksanakan bengkel latihan Pentadbir HRMIS bagi Pembantu Tadbir sekolah-sekolah di bawah pengurusan HRMIS Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Berdasarkan laporan yang banyak diterima daripada sekolah adalah berkenaan kekeliruan  mengenai proses pengemaskinian data Rekod Peribadi dan juga Profil Perkhidmatan.

3.         Untuk makluman tuan, data Rekod Peribadi wajib diisi sendiri oleh setiap individu iaitu guru dan staf sokongan di sekolah.  Pembantu Tadbir yang telah dilantik sebagai Pentadbir HRMIS hanya berperanan untuk melaksanakan proses pengesahan semua data Rekod Peribadi yang dihantar.

4.         Bagi data Profil Perkhidmatan pula iaitu berkaitan dengan maklumat Buku Rekod Perkhidmatan, semua maklumat tersebut perlu dikemaskinikan oleh Pentadbir HRMIS di sekolah tuan.

5.         Dipohon semua Pentadbir HRMIS di sekolah supaya memuat turun perkara-perkara berikut melalui Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Perak sebagai rujukan semua guru dan staf sokongan di sekolah masing-masing supaya tidak timbul kekeliruan pada masa akan datang.

i)              Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2007
– Pelaksanaan Modul Pengurusan Rekod Peribadi Aplikasi HRMIS; dan

ii)             Buku Panduan Proses Mengemaskini Rekod Peribadi

   6.       Sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan perkara di atas, tuan boleh menghubungi Unit HRMIS di talian 05-5015272/5273/5314/5307.


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment