Friday 17 October 2014

EDARAN BAHAN KURSUS KELESTARIAN GURU-GURU PROGRAM LINUS 2.0

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Rendah 
Daerah Hilir Perak


Tuan,

Perkara di atas adalah dirujuk dan diambil perhatian.

2.        Dimaklumkan Kursus Kelestarian Guru-Guru program LINUS 2.0 Bahasa Malaysia dan Matematik Tahun 1 daerah Hilir Perak telah dijalankan pada 8 dan 9 Oktober 2014.

3.        Oleh Itu, bahan-bahan kursus tersebut boleh diambil di Unit Pengurusan Akademik mulai hari Isnin (20 Oktober 2014) pada waktu pejabat.

4.        Selain itu, disertakan juga tarikh-tarikh penting untuk tindakan oleh pihak tuan seperti yang di bawah :

4.1.      Borang PK06-5 perlu dihantar sebelum atau pada 22 Oktober 2014.
4.2.      Laporan In-House Trainning sebelum atau pada 10 November 2014. (mohon muat turun format laporan tersebut)

5.        Sebarang masalah dan pertanyaan, sila berhubung terus dengan Pn. Norshamsiah binti Hassan Basri di talian 012-434 0753.



Sekian. Terima kasih.
Attachments:
Download this file (LAPORAN IN HOUSE TRAINNING.docx)LAPORAN IN HOUSE TRAINNING.docx[ ]19 kB

No comments:

Post a Comment